5 BENTUK ASAS LOGO








5 BENTUK ASAS LOGO

Ada 5 Bentuk Asas logo yang biasa digunakan untuk mewakili syarikat, jenama atau bisnes usahawan.
5 bentuk asas itu ialah:





1) Symbol / Icon
Ok nak kongsi, secara asasnya ada 5 jenis bentuk logo. Yang pertama ni jenis yang paling mudah kita kenal sebab syarikat besar2 pun banyak guna jenis ni.

• Jenis logo yang ringkas tapi jelas
• Kebanyakannya guna imej abstrak atau ikon yang dipermudahkan
• Biasanya ada logo utama dan beberapa versi alternatif tambahan
• Logo yang mudah & cepat diingati kerana ia ringkas
• Simbol/logo yang ringkas ini perlu diambil kira jika merancang ke arah bisnes yang besar.






2) Word Mark
• Logo perkataan dengan gaya unik dan tersendiri untuk tampilkan jenama/syarikat
• Banyak juga logo yang dihasilkan dari tipografi yang direka khas sebagai jenama dan digunakan dalam pemasaran secara visual kepada audien.






3) Letter Mark
• Letter Mark adalah tipografi yang eksklusif
• Banyak logo dihasilkan dengan menggunakan huruf awalan kepada nama penuh syarikat kerana terlalu panjang dan mungkin susah disebut.
• Logo seperti lebih mudahkan audien untuk mengingati bisnes mereka.






4) Combination Mark • Logo jenis ini menggabungkan simbol dan perkataan
• Ia fleksibel untuk menggunakan simbol sahaja, perkataan atau kedua-duanya sekali bergantung kepada aplikasi.
• Dengan rekabentuk kombinasi yang baik membolehkan ia kelihatan baik samada dicantumkan atau digunakan berasingan.
• Contoh seperti Hawaiian Airlines, Adidas & Sprint.







5) Emblem
• Logo emblem adalah logo yang memasukkan nama syarikat dalam rekabentuknya.
• Samada nama penuh atau huruf singkatan yang mewakili syarikat/organisasi
• Contohnya seperti Starbucks Coffee, NFL dan Harley Davidson



Bentuk asas ini femes digunakan oleh syarikat yang terkenal di dunia. Jika merancang untuk hasilkan logo baru, 5 bentuk asas ini boleh menjadi panduan, untuk sesuaikan dengan syarikat/bisnes anda.

Anda ada logo? Logo anda kategori yang mana satu ye?


Sahrizal Zulkuply
Logo & Graphic Designer
Grafixista.com Design
fb.com/grafixista

Comments